Kandungan video Webdriver Torso

Sejak 23 September 2013, saluran ini memuat naik video-video yang kebiasaannya mempunyai masa jeda ialah antara 1 dan 15 minit, kadangkala boleh mencecah satu jam dan kian mempertambahkan beratus ribu video setakat tahun 2016. Bersama wujudnya pengecualian kepada tiga video, semua video mengikut tetapan piawaian sepertimana yang akan dipaparkan di bawah.

Kebanyakan video ialah mencecah masa 11 saat, walaupun wujud pula yang di serata 1 minit,[2] 5 minit dan 24 minit[3] yang ianya berkandungan tayangan gambar memaparkan papan gelongsor di serata 1 minit antara satu sama lain. Setiap papan gelongsor mengandungi satu latarbelakang warna putih yang pepejal bertindih daripada dua segi empat tepat tidak lutsinar yang berwarna pejal, satu segi empat tepat berwarna merah dan lagi satu berwarna biru. Kedua-dua segi empat tepat mempunyai ukuran, bentuk dan kedudukan yang rawak di dalamnya. Apabila kedua-duanya saling bertindihan, segi empat tepat berwarna merah sentiasa muncul lebih daripada yang biru, dan nampak langka segi empat tepat berwarna merah menutup segi empat tepat berwarna biru secara sepenuhnya. Setiap papan gelongsor mempunyai satu nada gelombang janaan komputer yang rawak. Dalam penjuru daripada setiap video, wujud tulisan "aqua.flv -slide (diikuti dengan empat angka)". Video terdahulu disebut dengan "aqua".[4] Selepas itu, ianya bertukar kepada "tmp" diikuti dengan aksara-aksara yang rawak.

Video-video jenaka

Saluran ini mempunyai tiga video yang mana seolah menyalahi piawaian saluran yang berbentuk tayangan jenaka. Satu daripada video tersebut ialah tmpRkRl85 yang menampakkan tayangan yang lazim sehingga segi empat tepat berwarna merah bertukar wujud menjadi bebayang daripada Rick Astley yang menari dalam separuh kedua video ini.[5] Video "00014" adalah satu rakaman yang dilakukan di Paris memaparkan Menara Eiffel yang menyala.[5] Dalam hujung video, kamera tersebut diletakkan ke bawah serta akaun Facebook daripada pemunya akaun Webdriver Torso telah sedikit nampak.[5] Lagi satu video terakhir bertajuk "0.455442373793" boleh dilihat di Perancis sahaja; bayaran sebanyak 1.99 euro diperlui supaya boleh menyaksikannya dan hanya dapat dibayar dengan satu kad kredit Perancis. Ianya memaparkan satu episod daripada kartun dewasa Amerika yang bertajuk Aqua Teen Hunger Force yang dialih suara dalam Bahasa Sepanyol.[6]

Langganan

Webdriver Torso melanggan ke lapan saluran yang lain. Enam daripadanya merupakan saluran yang YouTube buatkan mengenai muzik dan berita, selain itu ialah saluran berjenamakan Jerman iaitu Aggro Berlin serta saluran Joueur du Grenier yang merupakan satu saluran yang berasal dari Perancis berpangkalan video-video permainan retro kelakar. Akaun ini mempunyai langganan yang berbaki daripada 91 ribu akaun.

Warna bagi video Webdriver Torso

Google telah mengguna warna merah dan warna biru kerana ia menjadi warna tersukar untuk dilihat menerusi monitor. Setiap masa, Google akan menyemak untuk melihat bahawa warna-warna itu boleh dilihat dan muncul tanpa apa-apa kesilapan.

Bunyi-bunyi

Bunyi digunakan dengan Google untuk menyemak sekiranya wujud sesuatu telah dipesongkan atau tidak dijalankan dengan sempurna.

Rujukan

WikiPedia: Webdriver Torso http://www.avclub.com/article/webdriver-torso-eith... http://www.bbc.com/news/technology-27238332 http://www.engadget.com/2014/06/06/this-is-the-tru... http://www.webcitation.org/6LOtGCgjR http://www.telegraph.co.uk/technology/internet/104... https://www.youtube.com/channel/UCsLiV4WJfkTEHH0b9... https://www.youtube.com/watch?v=-w3c2j6jO5s&list=U... https://www.youtube.com/watch?v=NLjbYSREADQ https://www.youtube.com/watch?v=S8XiPonEhw4&index=... https://www.youtube.com/watch?v=SKvIyDB5FRU